Sitti Rubinah Kintarasa 38888
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..
Entry saya pada kali ini adalah berkaiatan dengan
kewujudan cermin mata yang berteknologi tinggi. Pada awal januari 2015, terdapat kajian penciptaan cermin mata
khas untuk kegunaan orang buta, apabila sudah terciptanya cermin mata untuk orang
buta secara langsung anjing dan tongkat mungkin sudah tidak diperlukan oleh
orang buta sebagai petunjuk atau pun mata kedua bagi mereka.
Berdasarkan kajian tersebut, pembuatan cermin mata khas
untuk orang buta di lengkapi oleh Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan
ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan
jelas apa sahaja objek di hadapan.
Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat
bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam
peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. Pada masa yang sama juga beliau
berkata bahawa alat bantuan khas untuk orang buta itu perlu menjalani beberapa
ujian bermula Januari depan. Hal ini kerana melibatkan 160 sukarelawan yang bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
Selain itu, tujuan utama dalam penciptaan cermin mata ini
adalah untuk membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki
sepasangan cermin mata ini adalah jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943)
berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .
Persoalannya, adakah penciptaan cermin mata berteknologi tinggi khas untuk orang buta akan banyak memberi
kepentingan atau sebaliknya?
Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta.
.jpg)