Sunday, 10 May 2015

Cermin mata pintar



Sitti Rubinah Kintarasa 38888

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..

 
            Entry saya pada kali ini adalah berkaiatan dengan kewujudan cermin mata yang berteknologi tinggi. Pada awal januari  2015, terdapat kajian penciptaan cermin mata khas untuk kegunaan orang buta, apabila sudah terciptanya cermin mata untuk orang buta secara langsung anjing dan tongkat mungkin sudah tidak diperlukan oleh orang buta sebagai petunjuk atau pun mata kedua bagi mereka.
            Berdasarkan kajian tersebut, pembuatan cermin mata khas untuk orang buta di lengkapi oleh Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan.

 

           Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. Pada masa yang sama juga beliau berkata bahawa alat bantuan khas untuk orang buta itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan. Hal ini kerana  melibatkan 160 sukarelawan yang  bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
            Selain itu, tujuan utama dalam penciptaan cermin mata ini adalah untuk membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata ini adalah jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .  

Persoalannya, adakah  penciptaan cermin mata berteknologi tinggi  khas untuk orang buta akan banyak memberi kepentingan atau sebaliknya?

Rujukan:
 http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta.








No comments:

Post a Comment